Ya Allah, Aku berdoa untuk seorang jejaka, yang akan menjadi sebahagian dari hidupku,
Seorang jejaka yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.
Seorang jejaka yang tidak hanya memujaku tetapi juga menasihati aku ketika aku berbuat salah.
Seorang jejaka yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang jejaka yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi.
Seorang jejaka yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika berada disebelahnya.
Seorang jejaka yang memerlukan doronganku sebagai peneguhnya.
Seorang jejaka yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya.
Seorang jejaka yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.
Dan aku juga meminta,
Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintai-MU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cinta-MU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-MU yang lembut sehingga kecantikanku datang dari-MU bukan dari luar diriku.
Berilah aku tangan-MU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.
Berikanlah aku penglihatan-MU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku mulut-MU yang penuh dengan kata- kata kebijaksanaan-MU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendorongnya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.
Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan "Betapa besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna".
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kau tentukan.
credit to nasry azira :)
Sweet lahhh. =D
ReplyDeletereally good :D
ReplyDeleteaminnnnn
ReplyDeleteterharu bace entry nih.. sob sob..
ReplyDeletebanyak mende yang kite nak...tapi,Allah akan bg apa yang kita perlu.....^^
ReplyDeletezaeimah; setuju ngan ape yg awak kate.. Allah jugalah tahu ape yg terbaik utk hambaNya.. :)
ReplyDeleteoh so sweet..
ReplyDeleteAMIN!! moga-moga begitulah hendaknya :)
Allah lebih tahu ape yang terbaik buat umatnya
so sweet... mcm tgk nora elena la pula.. amin :)
ReplyDeletenice entri dear :D
ReplyDeletedoa banyak2...nanti hajat mungkin tercapai dgn izinnya
ReplyDeleteemmm nice entry dear..jue follow cini gak..weeeeeeeeee
ReplyDeletegood one (:
ReplyDeletedoa yang ikhlas pasti Allah makbuli..amin.
ReplyDelete=D wah sweet
ReplyDeletesweet nye. suka suka !
ReplyDeleteamin. ^^